Saturday, April 9, 2011

kalau la ada kat Malaysia^^

salam ceria untuk semua..:)

pepagi yang indah ni, ada sapa2 dah baca paper kosmo?

ye..cik ain dah baca..


salah satu beritanya pasal..

Wanita Aceh pengsan disebat


IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi


hukum sebat ni kat malaysia tak buat depan orang ramai..

selalunya, sebat ni untuk jenayah rogol, dadah dan lain2..

tapi kalau sumbang mahram, khalwat ni tak pulak disebat...

banyak kes kena tangkap khalwat..tapi just bayar duit denda je..

kalau pandai goreng sana sini sikit2, terlepas la...


sebenarnye hukum sebat ni memang dah terkandung dalan hukum dan perundangan Islam..

hukuman sebat ni ada 2 jenis..

1. sebat dalam masalh hudud--zina, qazaf (tuduh zina)

2. sebat dalam ta'zir--jenayah mcm dadah...etc..


emm..apa akan jadi kalau malaysia yang kita sayang sangat2 ni melaksanakan hkuman sebat bagi masalah hudud???]

jawapanya: tak ada la lagi masalah, khalwat, tangkap basah ke..tangkap kering..pelacur..dan etc...

p/s: fikir2kan renung2kan dan selamat beramal......

No comments: