hari ini hari ape? (ceh! dah macam cikgu sekolah tanya kat anak murid la pulak..)
hari ni hari lahir nabi Muhammad S.A.W...
12 Rabiulawal..bersamaan 15 february 2011..
teringat lagi masa zaman sekolah menengah...
bila dah nak dekat je maulidur rasul, akan ada 1 pertandingan..
PERTANDINGAN APA?pertandingan buat banner untuk sambutan maulidur rasul..
setiap persatuan wajib masuk pertandingan tu..
aku join kelab persatuan kadet trafik..(plz percaya apa yang aku cakap)
so, masa tu setiap persatuan/kelab akan dibagi lebih kurang 2 meter kain putih..
pas tu, ketua cakap, sapa pandai melukis?
sorang pun tak ngaku..(aku memang hancor la bab2 lukis ni)
disebabkan tak ada yang volunteer nak lukis, mm..ketua jugak la yang kena lukis...
pas lukis mesti la kena warna..
ni part aku suka..
warna gilir2..
kalau dah banyak sangat tangan yang mewarnanya, mm mestilah x sama..
ada yang terkeluar, ada yang comot..
macam2...
bila dah siap, nanti pengadil ambik markah...
pengadil pun cikgu kat sekolah tu jugak..
bila tiba je hari maulidur Rasul, semua student termasuk cikgu kena berarak dari sekolah ke masjid...
jauh jugak la..lebih kurang 4 KM..
lenguh wei..tapi best..
masa nak jalan tu pun kena ikut persatuan..
setiap persatuan tu kena pengang la banner yang dah dibuat tu..
pas tu, masa nak berarak tu, persatuan aku (kadet trafik) pakai baju seragam..macam baju kurung putih, kain hitam, tudung hitam...(tak kan nak pakai baju kadet trafik...panas wei..)
persatuan lain pun macam tu jugak...
masa berarak tu jugak kena berselawat ke atas nabi Muhammnad S.A.W
pas tu, masa berarak tu jugak, pengadil ambik markah..
persatuan mana yang teratur..
jalan sama2...
kalau tak silap aku, persatuan aku pernah menang...
bila dah sampai masjid, ramai sangat orang kampung..
sebab ni kerjasama dengan orang kampung jugak...
pas tu ada aktiviti ceramah, baca Al-Quran, nasyid dan baca puisi..

aku 1 pun tak join...
bila dah habis semua aktiviti, pemenang akan diumumkan..
pas tu boleh ambik makanan..
pas tu bersurai...
tapi sekarang ni kat u ni tak de pun perarakan...
entah la..mungkin sebab negeri yang aku duduk sekarang ni ditadbir oleh cina kot...
ps:/ semua gambar dalam post kali ni gambar contoh..sat lagi korang ingat gmbar betul2 pulak..