Sunday, March 20, 2011

mereka2...

dah lama x berblog...
huhu...sebab tak ada modal nak tulis apa+busy (serius plastic)...

semalam 19/3/2011...
ada dinner BIO NITE...
untuk bebudak BIOLOGY je....
budak lain tak boleh join...
haha..sungguh kejam...

ramai budak 3rd year yang join sebab ni last dinner kami..
aku pun baru 1st time join..

al-kisahnye...
malam tu ada penyampaian sijil dekan..
tu yang aku tergedik2 nak pergi tu...
ye la..
susah tu nak dapat dekan...

so..masa mula2 nak join dinner tu, aku ni puas la gi survey..
sapa la yang nak join dinner tu jugak..
sebab kan aku tak ada ramai kawan...'
tak kan nak gi sorang2..
pas tu tangkap gambar sorang2...eeuuww...pleasee...la (serius ko gedik ain)

aku puas pujuk auni...
kawan 1 major dengan aku...(biotechnology)
tapi dia tak nak gi..
budak dekan bayar RM35 je..
ada diskaun RM25..
boleh la kan...
so..auni tak nak gi...

mujur aku ada kawan budak2 agrobiology....
huhu..
nasib baik depa bagi aku join..(kalau tak bagi pun, aku nak join jugak!!)

mana kawan2 biotech aku???

Errr.....

entah...

aku sebenarnye tak brapa ngam dengan budak2 1 major dengan aku...

kami ni mcm ada puak2 pulak...

budak melayu biotech cuma 9 orang je (2 laki + 7 pompuan..)
balance sume cina + 2 budak india...
total 35 orang...

mm..tak tau la kenapa tak ngam...

otak lain2...pemikiran lain2...

so..aku join la budak2 agro ni..

erm??macam mna boleh ngam dengan budak2 agro??

haha..

gini...

budak agro ni ada 4 orang....(atiqah...izah....syikin....ziera...)

aku start kenal dengan tiqah and izah ni masa aku pi MUKAHEAD...2nd sem 1st year..(faham ke??)

dulu..masa sebelum kenal dengan tiqah ni..aku ingat dia ni sombong..
tapi bila dah kenal kat MUKAHEAD..baru la tau dia ni macam mna....
aku, izah and tiqah 1 grup masa kat mukahead dulu...
nak tau mukahead tu ape...google la sendiri ek...

so..kami bertambah rapat lagi bila 1 kelas BI...(LSP300...LSP 402)
so dari situ mula la aku kenal syikin and ziera...
depa ber4 ni memang lawak...
kalau duduk dengan depa ni...sure2 gelak...
ada je nak dibebelkan...

nak tengok rupa depa????



TUNGGU...................

Monday, March 14, 2011

jong jong inai...

jong jong inai mak ipong rajawali....
jong jong inai mak ipong raja wali...
sepak tunggul inai..
berdarah ibu kaki....

hehe...

inai...

kat 10 jari aku ni penuh dengan inai...
kuku je...
bukan semua bahagian jari...

mesti korang tertanya2...
kenapa aku pakai inai???

haha...(ada ke orang nak tanya??)


ni semua masa aku balik kg kamis lepas...

masa tengok cite apa entah kat TV..
mak dengan najwa pakai inai...
ala..inai yang macam colgate tu....
inai mekah...(memang beli kat mekah..)

so, aku pun tolong la mak dengan najwa pakai...
mak dengan najwa memang giler kan inai ni...
bila pudar je inai kat jari, depa letak lagi inai...
bukan pakai kat kuku je...
pakai macam orang nak kawin...

aku tanya la najwa...
" adik...kamu tak malu ke pakai inai ke sekolah..?"
dengan selambanya adik aku jawab..
"nak malu apanye...biasa je.."

hehe..please la....
dulu masa aku kecik2, kalau pakai inai kat sekolah, mesti cikgu cakap nak kawin...
malu ek...

so..lepas aku tolong mak dengan najwa pakai inai...
aku pun letak la jugak inai kat semua kuku sebelah tangan kiri..(only kuku je..)
hehe..teringin..

pas tu mak aku suruh aku letak inai kat kuku sebelah tangan kanan pulak...
mak aku siap offer lagi nak tolong letakkan inai kat jari aku..
mmm..mak memang semangat...

nak dijadikan cerita...
esoknye inai aku tu dah pudar...(sebab aku basuh pinggan+kain+....)
serius poyo...

so, mak aku siap offer lagi...
"meh sini mak letak lagi inai tu..bagi pekat..."

adoi...
terpaksa la aku bagi mak aku ni tambah lagi inai kat kuku aku ni...
memang semangat mak aku...
so, inai kat kuku aku dah jadi pekat...

memang merah la kuku kuku aku ni...
aku cakap kat mak...
" mak, kalau ain kawin nanti, ain nak buat lukis2 inai kat tangan boleh tak?"
mak aku jawab..." isy...tak elok lukis2 tu..buruk..."

aku cakap lagi...
" mak, kalau ain kawin nanti, boleh tak pakai inai kat kuku je..."
mak aku cakap.." tak elok le...buruk...kena pakai semua..baru cantik.."

ok mak..luv you...jangan demam2 ok...

berger berger...

ni entry ke-2..

petang tadi, sebelum aku balik u..
kawan adik pompuan aku datang rumah...
nama dia yuni...
bukan yuna ok...

dia ni anak jiran aku..
mak dia indon..
bapak dia orang kampung aku..

yuni datang rumah aku....
dia pakai suar kecik warna kuning (spenda)
baju tak ada..
seluar pun tak ada...
hhaisy...

yuni ni panggil adik aku...
" najwa.....jom main..."
adik aku kata dia tak nak main....
pas tu yuni ni panggil lagi....
" najwa...jom la kita main berger berger (burger)"..

berger berger2?????

aku dengan mak aku gelak...
aku gelak giler...
serius lawak...
boleh pulak main buat berger...
entah macam mana la rupa berger depa...

dulu yuni ni datang rumah aku ajak adik aku main buat kuih2...
sure2 kuih tu dibuat dari tanah...
bancuh tanah dengan air..
budak kampung kalau tak main tanah, bukan budak kampung namanya..
aku dulu, sebut apa yang aku tak main....
semua jenis permainan aku main...

main masak2...

jengket2...

doktor2...

aci nyorok..

aci kejar..

baling tin

baling kasut...

rounders...

getah..ziropon...

popiah....

banyak lagi aku rasa..
tapi dah tak ingat..
serius seronok duk kampung...

kalau budak bandar, sure2 main game komputer...
PS1,2,3....

huh..bosan wei...
nanti korang nak cerita apa kat anak korang nanti...
tak ada yang menarik pun....

dasar pemandu gerek..

al kisahnye....
jumaat lepas, 11/3/2011..
aku dengan mak + adik laki +adik pompuan + opah gi pekan kuala kangsar..
banyak agendanya...
mak demam masa tu..
so bawak mak gi klinik..cek doktor..
opah aku pulak nak beli tiket bas ke klang..
rumah mak cik aku..
dia nak pi rehat2 kat rumah mak cik aku..
maklum la..duk sorang2...


ok...


adik aku parking kereta kat depan maybank..
sebab tempat lain dah penuh..
masa tu hujan..
nak dijadikan cerita, kami parking kete site yang paling hujung..
so, sebelah kiri kami ada kereta proton wira biru..
disebabkan adik aku parking rapat sikit, so agak susah la nak keluar..
terutamanya yang duduk kawasan tempat duduk kiri pemandu...
faham ke???


opah aku nak keluar..
mungkin dia tak perasan...
maklum la..
orang tua la katakan..


masa opah aku nak bukak pintu kete, pintu kete kami terkena dengan pintu kereta wira biru tu...
dalam kereta wira biru tu ada sorang pompuan...

pas tu adik aku ubah tempat parking kete ke bahagian depan..
datang sorang laki, suami pompuan yang dalam kete wira biru tu..

dia tengok la pintu kete dia yang terkena kete kami tu...
dia gosok2 kete dia...
pas tu adik aku dah mintak maaf kat dia...
dia boleh cakap, " huh..habis calar kete aku!!!"

la...sikit je pun..
aku dah tengok dah...
bukan calar sebab geseran..
terhantuk sikit je..
tak ada yang teruk pun...

aku pun apa lagi...
aku cakap la..
" ele..sikit je pun..tu pun nak kecoh"

pas tu, aku dengan adik aku terus bla...

aku tau la memang salah kami..
bukan teruk pun...
cat tak tanggal pun...
bapak aku kete dia siap kena langgar lagi dengan orang...
rilex je...
sebab dia tau..bukan sengaja pun...

masalahnye, kete dia bukan lawa pun..
cat pun tak berkilat..
banyak jugak calar2...

lawa lagi kete bapak aku..
berkilat lagi..

tu baru wira, beum toyota, honda lagi..

huh..gerek giler....
suami isteri sama je....

dulu aku pernah gak jumpa lagi sorang pemandu gerek...
masa tu aku kuar dengan kawan aku naik moto..
kawan aku cilok tak lepas, tergesel la moto kawan aku dengan kete gen2 oren..

driver tu siap panggil kawan aku.." woi..ko mari sini"...
" bape ko boleh bayar??"

hello...
driver tu tak turun lagi dari kereta, tak tengok lagi banyak mana yang calar, terus mintak bayaran...

memang salah kami...
tapi at least turun la dulu dari kete..
tengok dulu calarnye teruk ke tak..
baru la mintak bayaran...

lagi pun kete gen2 tu dah kemek pun kat bahagian pintu penumpang...
dah gerek..
cakap elok2 tak boleh ke...

2 2 pemandu gerek ni orang melayu pulak tu...
menggetikkkan...
langsung tak ada budi bahasa....

Thursday, March 10, 2011

DI SEBALIK KEJADIAN NABI ADAM A.S

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan, dan menciptakan malaikat-malaikatnya yang merupakan sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi.

Dianya adalah sebagai khalifah, memeliharanya dan menikmati tumbuh-tumbuhannya, mentadbir kekayaan yang tersimpan di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.

"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.

" Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku."

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:

" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:

"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

:: diambik daripada page KUALA KANGSAR TETAP DI HATI...

Monday, March 7, 2011

mm..bukan rezeki aku...

semalam aku bukak la emel aku..
cek emel, mana la tau kot2 ada emel penting2...

ahh haa.........

aku dapat interview keje ni.....


INTERVIEW FOR FOOD TECHNOLOGY

Pleased be inform that the interview for Food Technology position will be scheadule on :
Company : ACE FRONT INDUSTRIES SDN.BHD.
Adress : Lot 7806,Jalan Perusahaan Satu,
Kamunting Industrial Estate,
34600 Kamunting,
Perak.

Time : 0900am
Date: 8/3/2011
For further inquiries,please call 05-8915388.

bestnye....


TAPI..........

aku tak boleh pergi...


SEBAB???????

esok aku banyak keje...

8.30-11.30 learning endnote kat library

11.30-12.30 sectioning at histology lab

3-5 psychology class

5-6 fermentation class

8-10pm psychology class

SEE???????


busy tak busynye aku esok....
tak pe la..
mana tau rezeki aku lain kali..
tuah ain tak ada sape yang tau ( cehh..ayat nak menyedapkan hati....)

mcam macam ain...

assalamualaikum....
mm...lama betul dah tak berbelog....
tak ada masa nak update lately ni..
busy memanjang...
thesis+asgment+FYP~~~~

hari kamis lepas aku balik kg..(kampung yang mana??)
ye la..kat kuala kangsar la..
mana ada banyak kampung...
aku balik hari kamis sebab hari jumaat aku memang tak ada kelas..
only 4 days in a week...(heaven tak??)

aku balik malam sebab waktu siang abang keje..
kenapa tak balik naik bas??

mm..tu nanti2 la aku story...

so, masa tengah on the way tu, adik laki aku call...(heron a.k.a...khairudin)
heron: akak, kamu kat kat mana ni?
aku: kat juru..kenapa?
heron: oo..kamu balik...
aku: aa..kenapa?
heron: saje..rindu...

WHAT?????

biar betul....
tetiba je rindu..
selalu bila aku balik rumah pun, si heron ni bukan lekat kat rumah pun..
asyik nak kuar je...
mak dah slalu dah bising2...
hari tu dah excdent...
teruk gak la..
mana mak tak risau..
tu je anak laki yg dia ada..
HERON MEMANG DEGIL!!!

stop...

hari jumaat pagi aku kuar ke pekan dengan mak aku..
aku dengan mak aku naik moto..
mak aku bawak...
haha..memang caya lah mak aku..
nak buat macam mana..
aku ni duk asyik lesen L je..

hari sabtu....aku dengan 1 family aku kuar ke pekan lagi...
buat apa???
hehe...kami beli tv..
tv LCD SONY 32 inci (ceh..poyo ar kamu ni ain)
biar la...
haha..tv lama kami rosak..
dah giler dah tv lama tu...kalau dah off..bila nak bukak balik, terpaksa tunggu berjam2...
pas tu, kalau gambar tu waktu malam, memang hitam terus..
dapat dengar suara je la...
beli tv + astro (mak aii..lagi poyo kamu ni ain)

biar la...
nampak tak betapa jakunnye aku...
orang lain dah lama dah pakai astro..
nak buat macam mna..
kami bukan orang senang pun...

ahad..
aku balik u..
masa dalam kete, abang bagi.............
handfon....
yey..
dapat handfon baru...
tapi tak la mahal pun..
murah je..
jenama?
rahsia ok..demi menjaga sensitiviti abang...
ape2 pun, aku terima je...
bersyukur at least dia nak bagi jugak kat aku...
mm..masa aku tulis ni pun, abang tak sampai lagi...
dia tengah tido kat hentian bukit merah...
sat g aku kejut dia..
pas tu aku pun nak tido...