serabut...hanya perkataan ini sahaja yang boleh menggambarkan bagaimana keadaan aku sekarang....
tinggal lagi beberapa bulan untuk aku menamatkan pengajian...
tapi, dalam menghampiri tempoh sedemikian, bermacam2 jenis dugaan yang harus aku tempuh...
hari ini, aku kecewa sangat....
selepas habis kelas pukul 9, aku pergi ke lab...
niat di hati untuk sambung kerja2 experiment...
kaki ku pantas menuju ke lab histology...
tak jauh dari lab yang selalu aku buat kerja...
tiba je di lab histology, miss santhini cakap, aku kena tunda experiment aku hari lain, sebab hari ni dah ada orang booking...
aku tunda experiment aku pada hari rabu....
kaki ku melangkah ke bilik culture...suhunya 25+/-2 darjah...
aku terus pandang kotak kecik di rak culture...aku buka..aduhh....
aku kecewa, culture aku contaminate dengan fungi...
dengan berat hati, aku terpaksa campakkan plate2 yang dah contaminate tu dalam tong sampah...
masa tu, dalam fikiran aku, aku cuma rasa aku terpaksa repeat lagi experiment tu....
mata aku terpandang lagi pada satu sudut...
botol kecik 250ml yang mengandungi "unloading solution" ada benda putih yang terapung2 di dalamnya...
rupa2nya, contaminate lagi...
aku buat semula solution tu....
selepas tu, aku nak buat media ( liquid or semi solid to support growth of microorganisms or cells, or small plants)...
faham??
kalau deal dengan plant, media ni macam pengganti tanah la, sebab kita grow plant tu dalam lab (in vitro)...
experiment aku deal dengan orchid...
vanda keseem delight`s orchid...( amacam? sedap tak nama orchid aku?)
media untuk orchid ni kena letak air kelapa(nyok) dan tomatao...
so, bila nak dapatkan air kelapa, mesti la kena belah kelapa...
betul???
nak belah kelapa, mesti la ada pisau ( sebab dalam lab tak ada parang, golok, dan sewaktu dengannya)...
jeng3...
pisau boleh pulak hilang dalam lab...
puas mata aku ni melilau dalam lab, semata2 nak cari pisau...
hampa lagi...
tak jumpa...
disebabkan kelas aku pagi tadi start pukul 8am, so aku tak breakfast...
tak sempat...
bila aku tengok jam (kat henfon), jam dah pukul 2pm...
badan aku lemah sangat2 sebab letih buat kerja kat lab....
aku dengan harapan yang menggunung, pergi la kafe dekat fajar harapan...
bila aku sampai je, mak ai...
banyak nya pasir...
habuk...
cafe tengah buat renovate la.....
harapan yang tinggal harapan....
perut aku cuma ada air masak je...
tu pun nasib baik aku bawak air....
aku naik tingkat 4 blok perempuan fajar harapan...
lenguhnya kaki, tuhan saja yang tahu...
ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu ini.....
lepas aku solat zohor, aku pun pergi kelas pukul 3pm...
habis je kelas, aku terus cabut...
aku sampai je cafe desa aku, aku terus beli makanan...
nasi kerabu + teh ais...
balik bilik, basuh tangan, baca doa, terus makan...
sambil tengok cerita "damping malam"
seram jugak....
dah habis.....
No comments:
Post a Comment